Tarikh : 30 Jan 2010 - 31 Jan 2010Lokasi : Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Perak
Anjuran : Kelab Kakitangan BERNAMA
Hasil daripada hasutan kawan-kawan aku kat sini, aku g jugak Pulau Pangkor. Mengikut jadual, kami sepatutnya bertolak pada pukul 12:00am ( 30/01/2010). Tak tahu lah ape masalahnya, kami bertolak pukul 1:00 am. Seramai 32 orang peserta yang follow camping kali ni. Kami tiba di jeti pada pukul 6.30 am. Dan sampai di jeti Pangkor pukul 8:00 am.
Sesudah sampai kat sane, perot masing-masing berbunyi. Krak kruk krak. Terus cari kedai makan. Not bad la Nasi Lemak kat sane sambil pekene kopi kaw. Sambil menunggu peserta lain mencari barang, kami jagelah beg-beg yang ditinggalkan. Ni antara photographer yang diundang ke Pangkor, termasuklah aku. hehe :p
Untuk membolehkan korang bergerak, korang bole menyewa motosikal ( RM30 ), atau menaiki Van Jambu kaler Pink ni. Giler jambu beb. Banyak lak tuh. Tapi ini je lah transportation yang ader kat sane. Ape lagi, tempah 3 van lah untuk sampai ke sane.
Untuk ke Teluk Segadas, kami kene berhenti kat Teluk Gedung. Dari situ, kami perlu memasuki hutan untuk ke Teluk Segadas. Hutannye tak lah terlalu tebal. Hanya menaiki satu bukit je. Tak curam sangat pun. Kami mengambil masa 15min untk sampai kesana. Sampai kat sana, hanya ada pantai dan umah guide. Itu je. Takde jalan pape pun. Siap pasang khemah,makan, tepat kol 2.30pm,kami masuk hutan.
Masuk hutan kol 2:30pm. Difahamkan, jungle tracking ni mengambil masa 2 jam je. Tempat yang dicari, puncak berbatu, tak jumpe. Hampes. Sampai di bukit kedua, kami masih jugak tak nampak permandangan yang dikatekan cantik, bole tengok pantai, tengok pekan pangkor. Aku tak rase sesat. Kendian, kami split into 2 group. 1st group da jalan dlu. Group kami lak tunggu guide yg bawak kiteorang. Tapi pelik, nape la dorang kat belakang kami. Dan agak lame menunggu,kami pun terus je jalan. Jalan punye jalan, SESAT. Tak jumpe pun foot print group 1st tuh. Tapak kaki babi hutan ader la,tapi kami tak soal pape pun, diam je. Kami hanya ber6 saje. Hari semakin gelap. Gelap. Dari 2 bukit yang sepatutnya kami daki, da jadi 4 bukit kesemuanya. Still tak jumpe jalan keluar. Masing-masing da sampai ke tahap limit. Sampai di suatu tempat, aku wat pilihan untuk ke arah pantai. Dan nasib menyebelahi kami. Kami jumpa jalan keluar. 25min lepas tuh, guide yang hilang kat belakang kami, jumpa kami. Ni la muka-muka yang sesat. Hahaha.
Malam tuh, we had bbq. Makan tak hengat punye. Masing-masing da lapo giler. Lepas makan,wat la aktiviti masing-masing. Esoknye,aku x sure ape yg terjadi pagi tuh sbb time aku bgn, dah nak kol 12. Bukan aku je yang bangun lambat,ader lagi yang lagi lambat dari aku eh. Lepas solat, kami terus gerak keluar ke jeti. Sampai kat jeti, teman member aku g shopping sambil aku amik gambo pape yang menarik. Tepat kol 5, kami terus gerak ke KL. Sampai Hq kol 12am. Arghh,esok aku kene keje. Chow..
6 comments:
cambest je wey!
da keje kan skrg?
g la camping...
best beb
best ny!!! :D btw, me nuffnangers
helo zaza..
mmg best pun. try la camping kat sini.
tipu2..apek bgun plg lmbt!!hahahaha
oi amal,ader lagi yg bgn lambat ek..cehh
Post a Comment