
Sedang aku menunggu nasi paprik aku siap untuk ditapau, datanglah seorang insan yang bertongkat sambil mengetuk-ngetuk tongkatnya di kiri dan kanan supaya jalannya tiada halangan. Orang Buta @ kurang upaya. Terus sebak aku lihat insan ini. Dan seperti sudah kebiasaan, awe yang keje kat situ, memimpin beliau menuju ke meja makan yang kosong. Lalu dia mengoder makanan. Dan awe menambahkan lagi ape yang insan itu tidak mampu membelinya, secara percuma. Betapa kesiannya aku melihat keadaan insan itu sebegitu. hidup seperti sebatang kara. Terlintas difikiran aku,apakah pekerjaan dia? dimana dia tinggal? brape kalikah dia makan sehari? masih ada keluarga lagi ke tidak? sape yang jage dia kalau dia sakit? Semua itu berputar-putar didalam fikiran aku selepas aku meninggalkan kedai awe. Aku tekad, selepas malam ni, jika aku terjumpa insan seperti ini, tapi bukan pengemis, aku akan cuba menolongnya dengan rezeki yang allah telah berikan pada aku untuk membantu insan yang memerlukan. Tak kisah lah walaupun ianya hanya sesuap nasi,akan aku tolong mereka.

No comments:
Post a Comment