Instagram

30.9.11

Anak

Anak - seronok kan kalau kita ada anak. Lagi2 yg da kawin. Yang belun kawin, berangan nak ada anak. Siap da ready dgn nama anak, nak berapa anak. Sangat seronok. Aku pun terfikir gak, macam mana rasanya kalau aku mengazankan anak aku bila dia da lahir?, tido kan anak, bagi anak makan, main-main dengan anak, lain lain lain. 1st baby dalam family adalah baby yang paling bertuah. Sebab semuanya pasal baby tu diberi priority. Ape yang berkaitan dengan baby tu, suma diberi, walaupun cam mahal.

Cerewet pilih bidan. Aku sanggup cari bidan pompuan dari lelaki. Tak kisah la kene bayar mahal sekali pun, atau tempat tu cam jauh. Bidan kene perempuan. Aku nak protect ape yang patut.

Buat checkup - semua parents seronok ok bila dorang bakal dapat anak. Tak kisah macam mana bz pun kita, especially kaum adam, teman la wife anda pergi checkup. Sekejap je, bukan lama pun. Korang kene tau keadaan didalam perot wife korang macam mana. Make sure suma dalam keadaan yang selamat selain dari mengambil berat tentang kesihatan wife dan anak dalam perot. Lagi satu,sebaik-baiknya kita set kan kat hospital mana kita nak wife kita wat checkup dan bersalin. Senang nanti nak wat segala urusan macam jenis darah ke sebab semua data yang diperlukan oleh doktor, da ada kat hospital tu.

Caring. Aku risau betul dengan orang pregnant ni. Perot beso, tapi sebok nak wat keje. Aku tak bole la tengok keadaan tu. Seboleh-bolehnye aku akan suh dia rest je. Jangan wat keje berat. Kene treat dia macam princess. Jaga dia dengan sebaik mungkin. Makan minum kene jaga. Emosi dia pun kene jaga. Memang kaum adam perlu jaga mereka secara keseluruhan. Yang ego tu,kurang-kurangkan la. Pentingkan bini dari diri sendiri.

29.9.11

Padini Warehouse Sales 2011


30 September – 1 October 2011
Padini Warehouse Clearance
All priced at RM5

Brands Offered
Padini
Brands Outlet
P&Co
Seed
PDI
Miki
Padini Authentics

Time : 9am to 5pm

Location
Padini Holdings Berhad
No 15 Jalan U1/20
Hicom Glenmarie Industrial Park
Shah Alam

TERMS
Goods sold is strictly not exchangeable, returnable & refundable
No Smoking / F&B / Big Bags is allowed in
Cash Only

18.9.11

Kenape chewing gum kene banned kat singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand , dia makan malam dengan raja Siam .


Mula-mula diorang makan udang.
PM Singapore : lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam : kami tak buat apa.kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand

Lepas tu diorang makan limau plak.
PM Singapore : Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?
Raja Siam : kami tak buat apa,kami buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand

Last sekali, diorang makan chewing gum,
PM Singapore : Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?
Raja Siam : Kami tak buat apa, kami! buang aje
PM Singapore : ooo kat Singapore , lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand
Raja Siam : apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?
PM Singapore : kami tak buat apa, kami buang aje.
Raja Siam : ooo kat Thailand , lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore .

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore , sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore ?

Sebelum dan Selepas Kahwin

Sebelum Tido:

6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak

Telefon:

6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:

6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. .....!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:

6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!

Baju baru:

6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:

6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

Moralnye.. Terpulang pada setiap pasangan yg berkahwin bagaimana utk menjadikan perkahwinan mereka sentiasa harmoni dan tak hambar.. Suami & isteri masing-masing perlu memainkan peranan utk memastikan perkahwinan itu sesuatu pengalaman yg terindah dalam hidup mereka.. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.. Tepuk dada tanya iman di hati!

14.9.11

Evolusi

Bagaimana korang start bercinta? Medium ape yang korang pakai? Ade sesetengahnye suda tak digunakan lagi akibat daripada kemajuan dan kemudahan peralatan elektonik yang berleluasa sekarang. Mungkin ape yang aku ceritakan ni, korang tidak pernah gunakan, mungkin. Hehe

Surat - Ni zaman 90an, zaman takde teknologi yang secanggih sekarang. Besenya budak-budak sekolah yang akan gunakan medium ni. Bermacam-macam design dorang buat surat ni untuk bagi kepada orang yg mereka suka. Surat-surat ni tak pos ye, dorang bg dari kawan to kawan dorang. Sampai la ke tangan si polan yang mereka suka. Besenye surat yang dihantar oleh perempuan lebih menarik dari surat yang dihantar oleh lelaki. Sebab lelaki memang xde idea nak buat surat-surat cam bentuk tadika ni. Hahaha. Biasanya 1st surat ni, bende wajib yang ada Fullname, DOB POB, suka makan ape, tak suka mkn ape, suka warna ape, no ape, kasut size ape, suka lagu yang camne, hobi ape, hahahahaha. Bile bace semula time-time besar ni, cam klako ye.

Public Phone - Bile da masuk jarum, duit syiling memang bersepah-sepah. Sebab nak call gf@bf yang ade tefon umah sbb kite xde tefon umah. Bayangkan la sampai 2 3 jam dok bergayut kat public phone. Lagi-lagi kawasan perumahan. Kalau ade 3 public phone tp yang bole pakai 1 je, memang orang akan beratur untuk bergayut. Pernah aku g satu taman ni, public phone tu siap ade kerusi ye. Hahaha. Tapi ade jenis golongan yang hebat pandai, letak span kat dalam phone untuk berjimat, ade yang guna teknik yang macam-macam untuk wat free call. Public phone ni adalah sesuatu bende yang wajib ade dalam satu taman. Telco yang provide public phone time tu, memang sangat kaya.

Telefon rumah - Bila da ade phone kat umah, kejenye melekat saje kat phone. Tau la,bil dlu kan mahal. Kalau da beratus-ratus jam sebulan ghayut, mau tak beribu kene bayo. Tapi bila line da kene potong, mereka akan cari public phone. Ye la, bil beribu-ribu,tp xde duit nak bayo. Camne?

Handphone - Bende alah ni wujud da lame, cuma sms service tu baru wujud akhir 90an kot. Starter pack untuk 1 phone line time tu, MAHAL ye! Sangat mahal. Contoh celcom RM232 kot. Tak yang murah cam zaman skrg, rm8.50 la, rm10.00 la. Sape beli,die memang kaye ok!. Telco yang ade time tu, Celcom, Maxis, Digi, Adam @ Timecell dan ade lagi satu,aku lupe. Adam time ni 017, belum merge dengan maxis. Celcom yang paling mahal. Airtime dengan line bayar lain-lain. Kalau cam maxis, bayar sekali je. Orang yang betul-betul kaya je yang pakai celcom time tu. Time tu yang baru diwujudkan, SMS. Yup,sms. 1 sms tak silap aku, 50sen. Gile mahal kan?? Da macam nk undi AF. Call aku tak sure la. Tapi yang penting, hp time tu memang mahal. Oh ye, nokia 8210 time tu RM800++ ye. Hahaha. Bile orang suma da mampu beli HP, hp yang paling pemes skali, Nokia 3310 baling angjing kompom mati. Sebab HP tu sangat-sangat stylo. Stylo pada zaman tu la. Ader game snake, bole wat ringtone, anto gambo tapi bukan gambo yang cam skrg ye, gambo black n white. Pastu yang hebat sket, tukar casing cam tukar baju, bole tukar LED. Ngeh negh. Time ni sms ayat-ayat bunga memang bersepah. Bole share dengan member-member, siap save dlam phone. Baik perempuan atau lelaki, same je. Ade yang bercinta tu, casing nak kene same, ringtone pun kene same. Hahaha. Tapi bukan aku eh, aku tak buat macam tu sbb aku xde hp ye dlu.

MIRC @ Chatting - Bila internet mula diperkenalkan di Malaysia pada 1996 macam tu kot, mirc mula menular. @kampung @mamak. Sape yang guna mirc ni tau la ape tu. Mirc ni tempat bebudak ni cari jodoh. Contohnye budak skolah lelaki akan masuk channel skolah budak perempuan. Mirc ni xbole nampak muke ya. Sekarang text sahaja. Tapi bole send file,gamba kite thru mirc. 1st sentence yang dorang akan sent, "hi, ASL?" haha. ASL tu Age Sex Live. Hahaha. Bercinta dalam mirc ni pun cam susah. Sebab time tu, line internet yang ade, dail-up, which is kene ade modem, phone line. Solutionnye, kene la g cc, sejam RM3. Nak chat dengan gf@bf ni, kene set time, baru tak membazir. Tapi kalau da cc penuh, memang bontot korang panas la kan. Risau takot orang tu marah ke, merajuk ke. Hahaha.

3G Call - Medium ni jarang kot digunakan. Sebab cam mahal. Tapi ade jugak golongan yang gunakan medium ni. Stock jenis rindu tahap biawak, memang trus 3g je, janji dpt tengok muka. Hahaha.

BBM, Viber, YM, Frings, Skype - Dengan adanya smart phone pada zaman sekarang, medium lain spt surat, public phone, phone rumah da macam hampir pupus sebab tak digunakan lagi. Apps ni yang memudahkan si gf@bf berendut. Haha. Semuanya canggih, tak seperti dulu. Lagi-lagi ade free wifi. Nak wat video call guna skype, slamber je bro. Makin lama, teknologi makin membangun dan makin menjimatkan. Telco untuk ape? cukup syarat sahaja...aku. haha.

Ade lagi ke kapel-kapel yang rajin anto-anto surat ni???

------------------

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Amin!

10.9.11

Saiko!


Pernah tak korang kapel atau berkawan dgn orang yang saiko tahap dewa slipar jepun?? Macam mane korang handle manusia macam ni? Korang takot tak? Marah? Geram? Simpati?? Yup,dorang ni sangat-sangat menakotkan. Hati-hati la dengan orang yang macam ni. Orang jenis macam ni suka membuat cerita sendiri. Bercakap dengan diri sendiri. Kene slow talk dengan orang macam ni? Jangan. Sebab mereka takkan paham ape yang kite akan sampaikan. Dorang akan putar belitkan ape yang kite cakap. Elakkan dari bertembung dengan orang macam ni. Jika dorang marah, perkara yang kita tak jangka akan berlaku sebab mereka sanggup melalukan apa sahaja tanpa disedari. Demm..

--------------------------------

Wakaka, ni untuk Nisalamdeepavali dgn Dilampinbudak

Nilai hantaran?

Nilai hantaran kahwin pada kadar purata mengikut peringkat pelajaran :

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000

Berapa hantaran anda @ nilai hantaran bakal isteri anda?

*Tapi kalau da sayang, RM40k pun sanggup cari kan?? Sila la menabung pada mereka yang belum kahwin. hehe

Ohmedia

---------------

life is like driving a car :D

Sila Scan!

QR Reader. Cuba Scan!