Instagram

31.3.09

Pasal 31 Mac 09



Hurm,pejam celik pejam celik,da 7 bulan aku kat sini. Dan dengan jangkamasa itu jugak la aku dikompemkan oleh mem. Alhamdullilah...

So,sbg penghargaan,aku dgn member2 yang masuk saing2 dgn aku,nak blanje la budak2 opis makan,termasuklah Bos aku(Abg Long),Supervisor2 aku,dgn senior2 aku. Untuk staff yang lain,aku bg ayam kicap,makanan paling hangat kat opis aku. Yang lain,kteorang makan ikan bakar kat belakang istana,Jln Bellamy. Da lame aku x g sini. Anyway,thanks kepada semua yang banyak membantu aku dan member2 aku kat sini. :p

26.3.09

Pasal 717

Satu kat umah, satu kat opis..



sekadar gambar hiasan je..kui3

Hurm..

Pasal 8.2 Saat

LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.

Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.

Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.

Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.

Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior.


Source: Kosmo, 26-mac-09

16.3.09

Pasal Earth Hour


Malam 28 MAC 2009, 8.30 hingga 9.30 malam, tutup semua perkakasan elektrik di’rumah anda untuk menyokong Earth Hour — satu kempen kesedaran pemeliharaan Bumi oleh WWF. Kempen ini telah di’mulakan tahun lalu di Bandaraya Sydney pada tahun 2007 yang mana mendapat sokongan dari 2,100 syarikat & menyaksikan 2.2 juta orang memadam lampu pada yang membawa kepada penjimatan tenaga sebanyak 10.2% dari kegunaan pada kadar biasa. Satu pencapaian yang lebih dari boleh di’banggakan.

Apa yang mereka lakukan telah memberi inspirasi untuk Earth Hour di’teruskan tahun ini ke’seluruh dunia. Seluruh dunia bermaksud ia termasuk bilik kecil di’mana kau sedang menatap entri ini. Malam ini, mati’kan semua’nya untuk hanya satu jam. Satu jam yang akan membawa perubahan — jika tidak banyak, ia masih sesuatu.

Universiti Sains Malaysiadi’katakan satu-satunya universiti di’Malaysia yang menyahut seruan ini — mereka kata. Jika ada pelajar universiti lain yang membaca entri ini, hebahkan kepada kawan-kawan sebelum malam menjelma. Maklumat lanjut di Earth Hour


"STOP GLOBAL WARMING"

15.3.09

Pasal PhotoScape


Software ni bley edit gambar-gambar korang dengan senang. Just pilih part mane yang korang nak edit,e.g mcm fame ke, backlight ke dll. korang ley download software ni kat link yang aku bg. Enjoy la gune software ni. Chow!!


Link : PhotoScape

14.3.09

Pasal Suwey Datang

Detik kekalahan Man Utd dan kedatangan suwey aku...


Macam gini la keadaan pada malam itu. Tak kisah la berdiri ke tak,budak2 liverpool tetap sanggup nak tgk Man Utd dikalahkan....

Selepas aku balik dari Damansara,aku terus direct amik member aku kat umah,g lepak kat kedai mamak Haji Tapah, Ong Tai Kim. Naseb baik time aku dtg,ader tempat kosong lg. Ni la match yang aku expect Man Utd akan menang. Match start kol 9. Dok tgh tengok,hujan menitis sket2. Tapi aku layan kan jugak sebab time tuh Man Utd tgh lead 1-0. Ingat hujan ni nak stop,tp x stop2 jugak. Walaupun da ketinggalan 1-2 + hujan, aku tetap gak tgh sampai abis 1st half. Masuk 2nd half je,hujan da start lebat. Suma yang tgk match tuh,lari kat kaki lima. Walaupun xde kerusi,aku tetap tengok sambil berdiri mengharapkan Man Utd dapat kejar Liverpool. Start Vidic kene kad merah je,aku rase mcm suwey da nak dtg. Memang suwey pun. Dari 1-2, terus jadi 1-3. Aku dengan budak2 Man Utd blah dari situ. Time aku masuk kete,aku rase len macam. Aku try la start kete,tapi kete aku x ley start,battery kete da kong. Cipet. Memang hari suwey aku da dtg. Call member aku,suruh dia dtg bawak kete sebab aku nak jumper power. Biler da try jumper,power plak tak cukup. Kabel jumper kecik sangat. Pergh,buntu aku malam tuh. Tengah aku kusut dengan kete aku,penyokong liverpool bersorak lg. Kompem da,1-4. Memang kalah la tuh. Berbalik pasal kete aku plak. Aku tinggalkan kete aku kat situ,aku blah naik member aku balik umah. Risau giler aku malam tu,pikirkan kete aku,selamat ke tak. Huh,dari wat kepale aku kusut,baik aku tido je. Zzzzzzzzzz

5.3.09

Pasal Downpayment


Pagi-pagi lagi Abg Hamdan da msg aku,bayar downpayment kete. Kene tambah lagi RM500 sbb aku pilih kete kaler hitam. Nak mintak kaler putih,lambat sangat. Da nak sebulan aku tunggu. Lagipun,aku tgk kete kaler putih ne,senang berbekas la,macam bekas karat mengalir ke bawah. Tu yang aku jem sket tgk kete jadi macam tuh. Ni kaler itam,mmg kene jage sket,senang sangat kotor. Sampai kat opis,aku check balance dulu. Memang lepas pun untuk aku idup bulan ni. G ATM kat depan opis aku,dok keluarkan duit. Baru aku tau,limit skali kuar RM1500.00. Sengal giler. Agak-agak da cukup lebam aku kuarkan duit,sampul surat plak xde nak simpan duit. Letak dalam kocek,gelembong semacam je. Sampul ne pun aku cekau dari man. Jap lagi nak g bayar. Tangok ah,brape lame plak nak dapatkan kete tuh. Chow

4.3.09

Andainya Perempuan Tahu.....

Andainya Perempuan Tahu.....

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!