Instagram

24.2.10

Pasal K

beep beep. you have 1 new message. open. K.

Pernah tak korang dapat msg K?. Mesti pernah kan. Ape yang korang rase? Pada aku la,sangat-sangat la saket hati. Apekejadahnye perlu direplykan msg sebegitu rupa?? Membazir sangat-sangat. Da la membazir,aku tengok yang tukang reply ni,da malas sangat ke nak reply msg aku? Ni lagi la,nak cepat punye pasal,salah taip, dari K dari J. Ape salahnya kalau korang reply msg OK ke, Okay ke. Takde la rase macam membazir sangat. Sangat-sangat panas hati aku dapat msg mcm tu. Susah sangat ke nak taip OK? aku bagi contoh keadaan la eh.

Mereka yang bercinta :-
Lelaki : awk,jangan lupa makan tau.
Perempuan : k.

Dengan kawan :-
A : tlg jage beg aku jap.
B : k.

Ape salahnya kalau ditukar kepada :-

Mereka yang bercinta :-
Lelaki : awk,jangan lupa makan tau.
Perempuan : ok,awk pun.

Dengan kawan :-
A : tlg jage beg aku jap.
B : ok bro.

Kalau aku yang bercinta,dapat msg macam tuh,memang aku cakap kat dia,aku tak suka. kalau tak paham gak,aku mogok seminggu. Padan muka. Dengan kawan-kawan aku lak,mayb aku yang akan jage beg aku tuh. Sebab aku rase dia macam ikhlas tak ikhlas je nak tolong aku. Kenape aku buat entry ni? Sebab bukan aku sorang saje yang tak suka dapat msg K, tapi ramai lagi. Bukti? Klik sini I hate Getting Text That Only Say "K". So aku antara salah sorang dari mereka yang tak suka dengan msg K. So aku harap la,bagi mereka-mereka yang suka reply K,ubah la jadi OK. Chow~


p/s : aku tak tau nak wat ayat macam mane. harap-harap korang paham je la. kui3

21.2.10

Pasal Lightroom


Aku sepatutnya da buat entry ni lame dulu, tapi aku lupe. Adobe Photoshop Lightroom. Aku da lama guna software ni untuk edit gambar, buat efek dan macam-macam lagi. Bagi mereka yang baru 1st time guna software ni,mungkin rase software ni macam tak ade pape yang menarik tapi bile korang explore software ni, korang dapat tau yang software ini amat berguna untuk edit gambar. Before ni aku pernah guna Adobe Photoshop CS4, tapi macam leceh. Solution untuk edit gambar,aku guna LightRoom. Sangat-sangat la mudah. Bagi korang yang suka edit gambar, boleh la cuba download dan guna software ni. Chow~

Link untuk Download : Adobe Photoshop LightRoom 2.6

17.2.10

Pasal Tugu Outing

Date : 16/02/2010
Location : Tugu Negara

budak kecik yang sporting

panasnye

humph,majok ah

abg,jom lumbe sape sampai dulu

nak eskrim tu

mencari rezeki

malu la..

mane babah??

Salam semua. Actually ni 2nd port outing aku semalam. 1st location tu,aku tak sempat nak upload. Aku g Lembah Kiara. Tak sempat nak capture gambar banyak-banyak. Maybe aku akan wat rekemen kat korang,next entry nanti. Ni kire 1st time la aku g Tugu Negara. Free ok,tak kene bayar pun. Kat sini pun ramai tourist dan budak-budak. So mmg strategik la location aku untuk outing kali ni. Ni la beberape hasil yang tak seberape dari aku. Next time aku akan cari tempat yang lebih menarik. Chow

14.2.10

Pasal Test 18-270mm

Lokasi : Lake Garden, KL
Time : 5.15pm - 6.05pm

mane dorang pergi tu?

aduh,salah slide la~

papa~papa,tgk aiman

macam best je kat sane~

still tak cukup mase. tak sampai sejam pun,office da call. maybe next time aku try capture banyak lagi. Chow

13.2.10

Pasal Thanks Semua

11 Feb 2010 - Birthday Day aku yg ke berape ntah. Haha,malas nak kira. Da lame aku tak rase macam ni. Birthday kali ni, aku celebrate dengan kawan-kawan aku, erk, family aku n officemate aku.

Time ni celebrate dengan family aku kat Raku Zen. Best tp aku da kenyang sgt sbb banyak makan dari pg sampai ke ptg. Rugi kot tak habiskan. Thanx dad.

Ni lak,suprised tgh malam. Pandai-pandai je wat plan mcm ni. Anyway,thanx sgt2.

6.2.10

Pasal Mata Baru II


Haha, akhirnya aku dapat gak lens ni, Tamron AF 18-270mm F/3.5-6.3 di II VC. Ni suma gara-gara masalah yang aku alami kat Pulau Pangkor. Sejak dari aku balik dari Pulau Pangkor, memang membuak-buak nafsu aku nak beli lens ni. Tapi disebabkan keje yang melambak-lambak,aku hold sampai sabtu ni. Dan setibanya ari sabtu, selepas aku menguruskan hal-hal rumah dan bini tua aku, aku terus ke Pertama. Mula-mula dapat harga mahal dari yang aku servey kat tenet. Lepas aksi tembak menembak berlaku, aku dapat harga yang memuaskan walaupun still dalam 1k+1k. Lepas ni, lens ape lagi ye aku nak beli...hahaha,chow

2.2.10

Pasal Teluk Segadas

Tarikh : 30 Jan 2010 - 31 Jan 2010
Lokasi : Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Perak
Anjuran : Kelab Kakitangan BERNAMA

Hasil daripada hasutan kawan-kawan aku kat sini, aku g jugak Pulau Pangkor. Mengikut jadual, kami sepatutnya bertolak pada pukul 12:00am ( 30/01/2010). Tak tahu lah ape masalahnya, kami bertolak pukul 1:00 am. Seramai 32 orang peserta yang follow camping kali ni. Kami tiba di jeti pada pukul 6.30 am. Dan sampai di jeti Pangkor pukul 8:00 am.

Sesudah sampai kat sane, perot masing-masing berbunyi. Krak kruk krak. Terus cari kedai makan. Not bad la Nasi Lemak kat sane sambil pekene kopi kaw. Sambil menunggu peserta lain mencari barang, kami jagelah beg-beg yang ditinggalkan. Ni antara photographer yang diundang ke Pangkor, termasuklah aku. hehe :p

Untuk membolehkan korang bergerak, korang bole menyewa motosikal ( RM30 ), atau menaiki Van Jambu kaler Pink ni. Giler jambu beb. Banyak lak tuh. Tapi ini je lah transportation yang ader kat sane. Ape lagi, tempah 3 van lah untuk sampai ke sane.

Untuk ke Teluk Segadas, kami kene berhenti kat Teluk Gedung. Dari situ, kami perlu memasuki hutan untuk ke Teluk Segadas. Hutannye tak lah terlalu tebal. Hanya menaiki satu bukit je. Tak curam sangat pun. Kami mengambil masa 15min untk sampai kesana. Sampai kat sana, hanya ada pantai dan umah guide. Itu je. Takde jalan pape pun. Siap pasang khemah,makan, tepat kol 2.30pm,kami masuk hutan.

Masuk hutan kol 2:30pm. Difahamkan, jungle tracking ni mengambil masa 2 jam je. Tempat yang dicari, puncak berbatu, tak jumpe. Hampes. Sampai di bukit kedua, kami masih jugak tak nampak permandangan yang dikatekan cantik, bole tengok pantai, tengok pekan pangkor. Aku tak rase sesat. Kendian, kami split into 2 group. 1st group da jalan dlu. Group kami lak tunggu guide yg bawak kiteorang. Tapi pelik, nape la dorang kat belakang kami. Dan agak lame menunggu,kami pun terus je jalan. Jalan punye jalan, SESAT. Tak jumpe pun foot print group 1st tuh. Tapak kaki babi hutan ader la,tapi kami tak soal pape pun, diam je. Kami hanya ber6 saje. Hari semakin gelap. Gelap. Dari 2 bukit yang sepatutnya kami daki, da jadi 4 bukit kesemuanya. Still tak jumpe jalan keluar. Masing-masing da sampai ke tahap limit. Sampai di suatu tempat, aku wat pilihan untuk ke arah pantai. Dan nasib menyebelahi kami. Kami jumpa jalan keluar. 25min lepas tuh, guide yang hilang kat belakang kami, jumpa kami. Ni la muka-muka yang sesat. Hahaha.

Malam tuh, we had bbq. Makan tak hengat punye. Masing-masing da lapo giler. Lepas makan,wat la aktiviti masing-masing. Esoknye,aku x sure ape yg terjadi pagi tuh sbb time aku bgn, dah nak kol 12. Bukan aku je yang bangun lambat,ader lagi yang lagi lambat dari aku eh. Lepas solat, kami terus gerak keluar ke jeti. Sampai kat jeti, teman member aku g shopping sambil aku amik gambo pape yang menarik. Tepat kol 5, kami terus gerak ke KL. Sampai Hq kol 12am. Arghh,esok aku kene keje. Chow..