Instagram

28.1.12

Mee Udang Kak Jah



 Mee Udang Biasa - RM 8

Urrgghhh

Kene plak dengan sirap bandung...mmmppphh

Ni makanan yang member aku rekeman tahun lepas. Nape malam ni aku boleh ingat ntah. Naseb bek ade member aku keje ptg. Siap gugel lagi kot nak cari tempat ni. Sampai kat wangsa maju, dengan peta yang ade, aku lost. Cis, ni tempat len. Aku da down. Pastu saje try cari guna 4square. Haaa. Cari jugak, last2 jumpa. Tersenyum lebar member aku. Kang klu x, xpasal2 cakap xde luck kuar dgn die. hahaha. 

Kedai ni corner lot, hujung2 je. Dan sentiasa penuh. Naseb bek dapat seat. Mate aku tengok meja keliling, perghhh, kulit udang bertingkat-tingkat. Perot da lapo. Sampai menu, nampak mee udang special tp da abes. Choiii. Order la yang biasa je. Sampai je makanan, aku dok sebok belek2 makanan, amik 2 3 keping gambo. Member aku da bedal terus. Haha, lapo ye. 

Mee udang ni memang terbaik. Memang kene g lagi. Next time, yg special. Haaaaa

Bege bakar? demmm

kawan & makan. thats all

27.1.12

2012

Tiada seorang pun dalam dunia ni yang tahu bila kiamat akan berlaku. Pengaruh yahudi yang dok tersebar sejak dulu lagi membuatkan ramai yang tertanya, inikan tahunnya?. Jangan fikirkan sangat bila kiamat akan berlaku. Fikirlah, cukup ke tak amal korang bila nak bawak ke alam sana nanti? Dari korang dok fikir kaji pasal kiamat ni, bek korang g mengaji ke, wat amal ke, benda yang boleh mendatangkan faedah untuk diri korang. Haish korang ni. 

happy birthday irfah

Aishah ni xsuka baring. ko kene dukung dia
meh, tgk camne bakal daddy jage baby
..dukung,hayun sane,hayun sini..
30min kendian
alolo,suke ye die...bluewkk..cecair putih kene baju aku
mayday mayday, aku kene tembak. tolongg!!!


25.1.12

Her Spiral Necklace

Ringtone : her spiral necklace 
assalamualaikum, bro
waalaikumsalam, ko jahanam
hahaha,ko ni
ye la,setengah tahun kot ko diam. aku call tak angkat, msg x reply
aku xde credit nk reply
kan aku call ko. byk alasan...potpetpotpet
bro,aku nak tunang
hoooooo.....ko mmg haram dow...hahaha,tetibe nak tunang...
ko tolong shoot aku nnt eh..
ko jahanam!! siap ko nnt aku blk jb...haha
hahaha

Walaumacammane pun, ko tetap kawan aku. Naik flight pagi,sampai terus shoot korang. Malam blk kl. Untuk korang, tadehal la. Congrats to both of u. Cepat2 la akad nikah pasni. Hehe. Tapi aku tetap x puas ati dengan ko. Haha...

21.1.12

Lalang


Korang puak puak kat luar sana, silalah faham apa yang jiwa kosong cuba sampaikan!!!

16.1.12

°C

March - 32°C


June - 10°C


Disember - 30°C

14.1.12

Page 14 of 366

i hate weekend. i dont need rest on weekend. i wish i can delete saturday n sunday in calender.
 :(

12.1.12

Jason Mraz

I Wont Give Up
:)

Rahsia Lelaki Berjaya


APAKAH RAHSIA LELAKI BERJAYA?

Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat!

“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.

Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?

Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?

Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?

Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?

Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?

Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?

Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit
dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?

Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?

Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?

Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?

Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?

Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?

Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..

Siapakah si Dia yang bergelar Isteri ini ?

Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?

Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?

Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?

Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?

Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?

Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?

Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?

Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?

Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…..

Betullah kata Umar al-Khattab bahawa “Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya”.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Kesimpulannya:

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.

Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.

Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.

11.1.12

Ayat-ayat kelakar sepanjang zaman Oleh Samy Vellu


AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

source: fb

10.1.12

FIFA Ballon d'Or 2011


FIFA Ballon d'Or 2011 Winner: 
Lionel Messi

Coach of the Year: 
Pep Guardiola

FIFA World XI: Iker Casillas; Daniel Alves, Gerard Pique, Sergio Ramos, Nemanja Vidic; Andres Iniesta, Xabi Alonso, Xavi; Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney.

The FIFA Puskas Award/ Goal of the Year Winner: 
Neymar

Fifa presidential award/lifetime achievement award winner: 
Sir Alex Ferguson

6.1.12

High Beam

Cerita member aku

Kereta wira di lane kanan. Tiba-tiba ada kereta waja, dari lane kiri masuk lane kanan. Kereta waja tu bawak slow. Kereta wira yang berada dibelakang kereta waja tu main beam banyak kali. Tapi kereta waja tu masih bergerak perlahan. Kereta wira tu belok ke kiri, tapi di depan tu ada tol. Lepas tol, kereta wira tu diblock oleh kereta waja. Driver kereta waja tu keluar sambil bawak pistol. Di pecahkannya semua cermin kereta wira. Di rompaknya pula driver kereta wira tu. Kemudian terus driver waja tu blah. Tergamam driver kereta wira tu.

Moral : ...

5.1.12

Maximize iPhone battery life

- Elakkan battery iPhone menjadi panas. Jangan letak kat tempat panas. 
- Avoid direct sunlight. Battery akan jadi lebih panas.
- Reduce brightness.
- Selalukan guna earphone bile wat call, main game, dengar mp3.
- Bagi user yang ada email dalam iPhone, sila fetch data anda dengan manual.
- Jika tak guna wifi or bluetooth, sila off
- Amalkan close running apps bile x pakai iPhone.
- Bile korang charge iPhone, make sure korang charge dengan lama sket even indicator da tunjuk 100%.
- Applying an equalizer kat music akan decreasekan battery life iphone korang. Better set off kan equalizer tu.
- Turn off Location Services
- Yang suka notification, susah kot nak off kan bende ni. Tapi jika off notification ni, memang battery jimat.
- 3G telan battery dengan sangat kuat. Tak guna internet, off kan 3G.
- Pilih carrier secara manual.
- Yang stock email account bersepah2 dalam iPhone cam gua ni, kurangkan la. Letak la 1 2 account je.
- Lock device. Bagi yang lupe nak lock iPhone korang, better korang setting auto-lock dalam mase seminit.
- Sila off vibrate.

Sape yang baru2 berjinak dalam iPhone, bole la folo. Hehe. Kan zuma?? 4s katenye. 


haha,suda ader cydia. Download free woo.


i'll pick up the pieces.

3.1.12

Ombak Rindu eh?

Haha, bila big 3 dlm BPL kalah, inilah yang terjadi. Terguling-guling aku bace. Ombak Rindu katenye. Haha. Sian Haris dengan izzah jadi mangse eh. 

Haish, kenape la kalah...