Instagram

29.4.10

Pasal Jersey Manchester United 10/11



Jersey yang hampir menyerupai zaman Steve Coppell era 1980. Jersey yang disponser oleh AON sebanyak £80 juta, akan digunakan ketika jelajah pra-musim di Amerika Syarikat. Julai ini.

27.4.10

Pasal Team Building

TEAM BUILDING
TIOMAN ISLAND
23 - 25 APRIL 2010

85 staff dari company aku join team building kali ni. Bagi aku, ni 1st time aku join dorang. Bertolak dari HQ pukul 2.tiba di Tanjung Gemok pukul 8am. Sampai-sampai terus cari makanan...lapo woo

Setel makan, kami terus menuju ke jeti.

Pas naik ke feri...Gemilang 2

AJK yang bertauliah...

Pada asalnya, feri bergerak pukul 9am. Tapi kene delay sampai kol 11am.

Merelease tensen..

Breakfast buat kali kedua..

Mereka yang menagih simpati...alalala,siannye

Menuju ke feri

Satu feri telah diconquer oleh geng-geng kami

Lepaking di atas feri

Suasana di Berjaya Resort...area depan bilik aku

TerCandid

Team yang menjuarai module 1

Aksi module 1

Selesai module 2..taklimat dari trainer

Bergambar selepas setel module 2

Menuggu sunset tapi cam lambat sangat

Awek om putih yang layan jiwak

Scene yang terbaek

Rupa-rupanya ramai jughak Nikonian dari company aku. Ni antara sebahagian daripada Nikonian. Apa lagi, wat photo session la..

Hari kedua, menuju ke tempat snokerling. Terbaek!!

Mr L hendak snokerling. Ms Nikon dijaga oleh En Zuber. Sori ek cayang.

1st time snokerling...Tarbaek~

Snokerling part 2 di Marine Park. Kali ni aku just jd photog je.

Mencari-cari air,ader jughak kedai kat sini. Chantek.

Mahal? Murah? Aku bedal je sebab tekak da kering.

Melawat museum Marine Park. FREE~

Menuggu shuttle bus yang lambat.

Karox session. Dan wat kali pertamanya,aku join karox dengan mereka. Keras aku. Ni antara aksi yang tarbaek dari member aku.

Hari ke 3. Selesai module 4 dan 5, layan aksi di beach. Bos aku pun on skali. Chare~

Aksi menghumban mereka ke pool. Semua yang ader di sekeliling pool,kene humban termasuk la aku.

Geng-geng ganas yang mencari mangse. Hahaha~

Generasi Nikon

Taklimat terakhir dari HOD HR sebelum pulang ke KL. Team building yang terbaek pernah aku join. Korang memang tarbaek. Chow~

22.4.10

Pasal IT ROO Cafe

IT ROO CAFE
Waktu/Hari Niaga : 12pm - 10pm / Isnin - Ahad
Lokasi : Jalan Dhoby, JB

Dua malam berturut-turut aku pergi sini, semate-mate nak test makanan kat sini. Adik aku cakap, Chicken Chop kat best in town. So aku try la. 1st aku try roti bakar kaya dengan butter. Not bad tapi ader lagi tempat yang lagi sedap. Harga RM2.40

Ini lah chicken chop yang sedap tu. Presentation simple. Rase sedap. Cuma coleslaw sikit. Sos pun tak banyak sangat. Harga, RM 11.00 kot...aku lupe.

IT Roo Fried Rice...antara hidangan spesel kat sini. Udang dalam nasi goreng ni ader 2 ketul, tp sungguh sedap. Cuma tak banyak sangat sayur. Harga RM6.00

Map untuk ke sana

20.4.10

Pasal Kacang Pool

Ini adalah salah satu makanan yang terbaek dari Jb, KACANG POOL HAJI. Memang mabeles... Aku rase hanya orang johor je yang tahu makanan ni.

Setelah aku menzoom kan lens aku, baru aku tau. Kacang pool ni baru bukak cawangan kat Damansara. Alamatnya :

Damansara Perdana,
D-G-07 RITZE,
Perdana Service Apartment,
Jalan PJU 8/2,
Damansara Perdana,
Selangor

Inilah kacang pool yang sedap tuh. Aku suggest kat orang luar sana, sila la cuba kacang pool ni. Kalau korang datang johor, korang boleh singgah ke kedai Kacang Pool ni kat sebelah Balai Bomba Larkin. Aku bagi map kat korang.



View Larger Map

Pasal Photovisi


Ade beberape kawan aku tanye aku,macam mane nak wat picture macam ni. Takperlu download software. Korang just masuk link Photovisi. Benda pertama yang korang kene buat, klik dlu pada click here to start.

Pastu, korang kene pilih template yang korang nak. Macam contoh kat atas ni. Selepas korang pilih template yang korang nak, korang pilih gambar mane yang korang nak upload. Time korang nak upload tuh,korang boleh pilih banyak gambar. Pastu korang boleh susun gambar korang,macam mane yang korang nak. Pastu download picture korang tu. Senang je.
Gud Luck~


Pasal Bazare Johore

Sebaik saje aku kuar dari CS, aku melihat langit yang mendung, seperti hujan mau turun. Aahh,mcm mane nak outing camni. Kami jalan menuju ke Jalan Meldrum. Terpandang sekumpulan manusia sedang berkumpul. Melihat apa yang berlaku,rupa-rupanya pakcik ni boleh menggandakan duit dari sampul surat ni. Sungguh ramai yang terpegun, ada juga yang kagum dengan kebolehan pakcik ni. Aku sekadar mengambil gambar saja.

Diluar sana, hujan semakin lebat. Dan kawan-kawan ku membawa aku menuju ke CIQ - Customs, Immigration and Quarantine JB. Baru 1st time aku g sini. Kat sini check point pergi ke singapore. Dalam tuh,ader jugak la beberape kedai. Dan budak 2 ketul ni kemaruk nak pekene air mende ntah kat kedai ni.

Jalan Stesen yang dahulunya sesak oleh mereka yang nak menuju ke Singapore.

Lomo Shoppe @ 4th Floor, City Square

Selepas tengok Clash Of The Titans, kami menuju ke Bazar Jb @ Pasar Karat

Antara gerai yang menjadi tumpuan disini.

Suasana malam ahad yang tak seberape meriah berbanding malam sabtu. Malam sabtu tu aku tak bawak gear aku.

Antara benda yang pelik ader disini. Sebiji RM250. Tapi mengikut kata member aku, harga benda alah ni sentiasa berubah. Ikut kepada luck masing-masing la.

Untuk buat korang punye collection, macam-macam ader kat sini

Sebahagian daripada kasut-kasut yang terpakai.

Salah seorang warga Bazar Jb yang sporting. Macam-macam dia jual. Tiap-tiap minggu ada je barang lain.

Gerai ni terletak di hujung-tepi bazar. Barang-barang kat sini pun amat menarik. Kete kecik coca cola ni,mmg jadi treadmark kat sini.

Agak-agak da puas jalan, aku check pic yg da captured,macam sket je. So aku soh la member aku ni jadi model aku. Ader lagi sorang,tp dia taknak picture dia di uploadkan. Haha. End of part 1. Tunggu part 2. Chow~

Lokasi Pasar Karat @ Bazar Jb

View Larger Map