Instagram

29.1.10

Pasal Simpati


Sedang aku menunggu nasi paprik aku siap untuk ditapau, datanglah seorang insan yang bertongkat sambil mengetuk-ngetuk tongkatnya di kiri dan kanan supaya jalannya tiada halangan. Orang Buta @ kurang upaya. Terus sebak aku lihat insan ini. Dan seperti sudah kebiasaan, awe yang keje kat situ, memimpin beliau menuju ke meja makan yang kosong. Lalu dia mengoder makanan. Dan awe menambahkan lagi ape yang insan itu tidak mampu membelinya, secara percuma. Betapa kesiannya aku melihat keadaan insan itu sebegitu. hidup seperti sebatang kara. Terlintas difikiran aku,apakah pekerjaan dia? dimana dia tinggal? brape kalikah dia makan sehari? masih ada keluarga lagi ke tidak? sape yang jage dia kalau dia sakit? Semua itu berputar-putar didalam fikiran aku selepas aku meninggalkan kedai awe. Aku tekad, selepas malam ni, jika aku terjumpa insan seperti ini, tapi bukan pengemis, aku akan cuba menolongnya dengan rezeki yang allah telah berikan pada aku untuk membantu insan yang memerlukan. Tak kisah lah walaupun ianya hanya sesuap nasi,akan aku tolong mereka.

28.1.10

Pasal Tido


Inilah masalah aku, tido. Sekarang ni,aku susah sangat nak tido. Kebiasaannya aku tido pada pukul 3am atau 4am. Dan aku akan bangun g keje pukul 6. So, korang yang kat opis tuh,tak payah la pelik2 lagi bile tgk mate aku ni macam org nak tido. Aku penah jugak try tido awal,tapi x bole. Paling awal pun kol 12.30 keatas. Tapi aku tetap akan terjaga kol 3am. Ader jugak member2 aku suruh makan pil tido,tapi aku xnak sbb takut addict dengan pil tido. Aku pun tak tau la sampai bile aku jadi mcm ni. Aduh,ader sesape bole tolong bagi idea x??

26.1.10

Pasal Outing

Last weekend, after balik dari carefour, aku lepak kat Bukit Belacan dengan harapan nak snap sunset la. Result sungguh tidak memuaskan. Nak tgk mcm jerebu pun ader gak, macam nak hujan pun ader gak. Alang-alang da sampai tuh,aku snap je la. Still mcm x puas hati. Mayb lepas ni, aku nk try snap time mlm. Sbb aku pernah pergi sini skali dan aku tau,time malam mmg cantik.

Gambar ni lak,aku snap kat puncak Bukit Belacan. Tapi kesian dengan kucing ni. Tak lame lepas tu,dia eksiden dengan kete. Aku cube nak tangkap dia, bawak g klinik, tp dia lari laju sgt sbb ketakutan. hehe..

p/s:Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar

20.1.10

Pasal Pall+Sue


Aaaarrgghhh, ku sangka kan 1, tapi rupanya 2. 2 keping RM10 palsu masuk ke dalam poket aku. Panas hati tul aku dengan sape punye angkare ni. Kenape la duit-duit ini perlu masuk kedalam poket aku?? Perlu ke aku beli device yang bole detect duit palsu ke tak??? Pastu kene bawak ke hulu hilir alat tuh?? Ni baru RM10, kalau aku dpt RM50 palsu,mmg aku bakar je kedai tuh. Aku dapat tau duit ni palsu pun,pas aku basuh seluar aku. Aku terlupe nak keluarkan duit-duit dalam poket. Time da pakai suar,baru aku perasan ader duit dlm poket. Check2,duit palsu. Panas..Panas... Memang aku kene berhati-hati la pas ni. Dapat duit RM10 je,aku kene check dulu. Lantak la ape orang kedai tu nak cakap,aku tak nak kene tipu lagi. Cube korang check duit-duit korang tu??? Haaaaa...papepun,korang berhati-hati la bile dapat balance dari ape yang korang bayar. Ok. Chow..

17.1.10

Pasal Adnan Sempit

Dis time,aku nk promote kat korang, cite Adnan Sempit. Cite ni aku baru tgk smlm. Dari awal,sampai abes,mmg berdekah2 je dalam wayang tuh. Mase aku tgk smlm,full house. Pada aku, cite ni simple, ringan, senang paham dan klakar. So pade korang yang tertanye2 best ke tak cite ni, aku cakap best. 2 Thumbs Up utk Adnan Sempit. 5 Stars!!

Pasal Cuti-cuti Johor

Hello readers, macam da lame kan aku x update blog ni. Sori la,aku cam bz dengan cuti awal tahun aku ni. Last yer,brape hari je aku dpt cuti. Time cuti pun aku x amik cuti,sebab ramai kawan2 aku yang kawen. Aku bile lagi?? Seru x sampai lagi. So,awal tahun ni,aku amik cuti yang agak lame,seminggu. After all my friends back from holiday dorang,ni pulak time aku nk cuti.n Sian ibunda ku di rumah,da lame da aku tak tengok dia. Same jugak dengan member2 aku kat jb,lame da x kuar dengan dorang. So,inilah masenye aku nk enjoy cuti aku bersama Cik Nikon aku yang baru (selepas bercerai dengan d3000..sob sob).

Tempat ni dinamakan Bazar Kangkang. Lokasinya terletak di Jalan Seget. Kenape dipanggil Bazar Kangkang? Member aku bagitau aku, hampir kesemua orang yang jual barang kat sini,xde meja untuk mempamirkan (betul ke aku eja ni) @ display their stuff untuk dijual. So,bile suma barang-barang tu terletak kat atas jalan,beralaskan kain yang bermacam-macam jenis warna, dorang kenelah dok bawah secara bercangkung terkangkang. Macam tu la. Tapi kalau panggil Bazar Cangkung ok ke?? Mungkin ader orang len panggil Bazar Seget,mungkin la. So akt sini,lebey kurang mcm uptown & downtown,barang2 yang dorang jual ni,ader yang same cam uptown, ader yang pelik. Korang bole jumpe flash camera,yang beso rabak dari flash biase. Dry box pun korang bole jumpa kat sini. Aku xsure la dorang ni dapat barang dari mane kan,tp mmg pelik2 barang macam ni,bole dapat kat sini. Bergantung kepada nasib korang la. Selain tu,ader gak service massage kaki ke,badan ke. Dulu mase bazar ni baru bukak,agak kecik. Tapi skrg ni,da beso da. So kalau korang nak datang JB,boleh la singgah kat sini.
Actuallynye,sambil2 aku blk kg ni,aku nk outing. Penat2 je merancang,last2 minit kene tukar haluan. Dapat dua tempat. 1st,Zoo Johor. Da agak berkurun kot aku x datang sini. Last time aku dtg sini dengan Cik Reena. Ticket price for adult, RM2 and for children only RM1. Murah kan. Untuk photographer2 kat luar sane tuh,bole la klu nk outing saje2 kat sini. Berbaloi beb.

Mereka2 ini terpaksa menjadi model aku. Haha. Ijat and Farah. Time ni da nak blah dari zoo.

Gambar-gambar yang lain akan diuploadkan di dalam landomanaf.fotopages.com

2nd location, Rumah Usang kat Istana Garden. Aku datang sini sbb nk celebrate birthday si Ijat. Kek ni orang sponser beb. Sampai2 kat rumah usang ni,ramai pulak photographer2 yang dok outing kat sini. Kebiasaannya,rumah kat sini slalu menjadi port budak2 nih termasuklah mereka yg nak amek gambo pengantin. Aku x sure la budak2 tu dari group mane,tp mmg ramai. So kiteorang pilih port yang dorang xpakai. Besar jugak la rumah ni. Walaupun cam buruk,tp smart sangat2 untuk photo session.

Happy Birthday Bro, Cepat-cepat la kawen ekh.. HAhahaha

Cik Farah ni menjadi model untuk ijat. Aku just amik pic candid dengan rumah usang ni. Maybe next time i'll capture picture model-model part time. Hehe.
Next outing, Pulau Pangkor...end of dis month. Chow

8.1.10

Pasal Selamat Jalan

Terima kasih..
Selama sebulan ni..
Kamu berbakti kepadaku..
Membuatkan aku gian tentang golongan jenis macam kamu..
Pergilah kamu dengan dunia baru kamu..
Semoga kamu mendapat kebahagiaan diasana..

SELAMAT TINGGAL NIKON D3000 ku

4.1.10

Pasal Mata Baru

Sori la,entry ni aku lambat buat. Sibuk dengan keje aku sampai lupe nk update. Last week, lepas aku dipromote oleh member aku,pasal lens 50mm yg membuat kan aku jadi high, aku terus membelinya pada keesokkan harinye. Bukan sahaja lens 50mm, lens 30mm-700mm, flash dengan battery skali aku beli. Nasib baik dapat kawtim dengan tokey kedai ni. Jimat sket la aku dpt. Korang rase aku da puas ati dengan ini semua?? Belum lagi beb. Ader beberape lens dapat otak aku yang aku nk beli ni. Memang betul la,sekali da terjebak, korang akan jadi kemaruk. So far ni,aku da outing,test lens 30-700mm aku. Puas hati...puas hati... Hahaha. Next,aku nak test 50mm aku. Chow~

*gambar-gambar outing aku upload kat landomanaf.fotopages.com

1.1.10

Pasal Selamat Tahun Baru 2010


Happy New Year to all my friends and followers. Wishing ya all have a great year.