Instagram

29.12.10

Pasal : Berbelang sudah


Tahniah buat team Malaysia. Kalau aku tak kerja hari ni, kompom aku da ader kat Stadium Bung Karno. Naseb baik kat klinik ader TV "Haha,sori doc, gue nak layan bola dulu, jap lagi gue masuk ye." Ahaa,aku rase sekarang ni memang zaman bolasepak Malaysia yang baru setelah beberape tahun team Malaysia main cam hampeh. ape yang buat aku kagum sekarang, semangat rakyat Malaysia sekarang nih, sanggup berdiri tepi jalan nak tengok Malaysia main, ader yang sakit-sakit pun sempat tengok malaysia main(ehem2), ader yang sanggup beli jersey Malaysia semate-mate nak support Malaysia, dan tadi, mase aku pergi makan kat Doraisamy, penuh dengan mereka yang memakai jersey Malaysia. Inilah 1st time aku dapat tengok, ramai orang keliling aku pakai jersey Malaysia, yang selama ni aku tengok ramai yang pakai jersey Manchester, Chelsea, Arsenal bla bla bla. Lepas abes match tadi, ader beberape lokasi mamak di Kl ni, yang nyanyi lagu "inilah barisan kita" ramai-ramai. Bangge bai dengan sokongan orang Malaysia. Dan ader kedai mamak dipenuhi dengan manusia yang memakai jersey Malaysia, sambil membawa gong dan kompang, bersorak beramai-ramai, untuk memberi sokongan kepada team Malaysia. Yup, fenomena yang jarang sangat berlaku di Malaysia. Jap, betul ke warna jersey Malaysia kaler biru bawak ong??

Menang piala AFF, dapat award top scorer, ok la tuh. Oit Nisa, sape name pria tuh, ifpan bacin?? ntah pape ntah name mamat tuh, die ader main time final ek?? haha.

oh ye, tak lupa jugak, Rio Ferdinand (yang tak tau,sile gugel) juga mengucapkan tahniah buat team Malaysia dalam twitter beliau. klik la kalau tak caye.

ohh ya, jummat ni cuti ya.!!

- pabila harimau kembali berbelang -


- 30 disember 2010 -
Kepulangan player Malaysia dari indonesia

Pernah ke korang tengok rakyat Malaysia nak buat macam ni dengan player bolasepak Malaysia? tak pernah derr. Zaman bolasepak Malaysia da berubah da sekarang.

Tengok la, penoh kot airport dengan supporter Malaysia. Macam da menang worldcup de. Mamat ni pulak, apex, tengah popular kat dalam twitter dan FB.

Yup, ini dia tournament top scorer, Safee Sali. Tak perlu player import, kita ada player sendiri. Mamat ni da bukti kan, tanpa pemain import pun boleh jadi top scorer.

photo: credit to zaki

27.12.10

Pasal : Tiramisu




Aku tengah dok melayan editing, member aku bukak tv. Cam familiar je suare budak nih. Sekali aku jeling, huaa,budak cumel nih. Rugi 3 min kot. Haha. Yup, Tiramisu. Aku baru tau cite ni start kol 6.30pm. Kalau budak kecik ni belakon, kompom die wat muke sengal2 tapi cumel. Hehe. Sinopsis cite ni aku rase da banyak kot budak2 blogger da buat. Korang bole bace kat SINI.

Melur oo melur..hahaha

24.12.10

Pasal : ITNM VideoShooting




Assignment : KrulMARTIC : Video behind the scene

Location : Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM),
Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Videographer: Hasif & Land0

Job kali ni, aku just assist member aku. Lebih kepada bokeh. Video tu dalam proses lagi. So aku just upload bahagian aku je la, 2 video je sebab aku malas nak upload banyak-banyak. Event shoot video guna slr pun, kene ader knowledge, tak boleh main bantai je. Ingat, wat video guna slr ni makan bateri. Slr ni tak bole shoot lame-lame. Aku pun masih belajar lagi pasal video ni, tak salah cuba sesuatu yang baru. Thanx kepada bos aku yang bagi peluang shoot video dan crew KrulMATRIC yang sporting. Chow~

*Rase macam nak beli slr full hd. huuuu

16.12.10

Pasal : Wedding Fizi + Ain

Pengantin : Rafizi & Ain

Tarikh : 27 November 2010

Lokasi Rumah : Seksyen 16, Shah Alam

Lokasi Outdoor : I-City & Tasik Shah Alam

Photog : Lando & Tazman
















Haha,1st time kot aku shoot kat i-city.








Minggu ni memang minggu tengkujuh bagi orang KL dan Selangor. Hari-hari hujan. Nasib baik, time majlis berlangsung, hujan stop. Dan yang lagi menarik, mase shoot outdoor,tak hujan langsung sampai la kami abes shoot, masuk dalam kereta, terus hujan. Alhamdulillah.

To fizi & ain, selamat pengantin baru, korang memang sporting. Man, thanx sebab banyak membantu.

14.12.10

Pasal Hantu Kak Limah?


Wakakakakaka, itu kesimpulan yang aku boleh buat pasal cite Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Boleh dikatakan sekual dari filem Zombie Kampung Pisang. Bezanya dalam filem ini,tiada zomba @ zombi, tetapi hantu. Aku ader dengar berita, kutipan untuk filem ini dalam masa 2 hari adalah RM1.2 juta!! Aku baru lepas tengok hari ahad yg lepas. Tiket memang aku beli awal. Member aku ader cakap, tiket filem ni kat alamanda pukul 2.30 - 8.30 malam da sold out. Malam tu aku masuk wayang, memang full house. Dari awal masuk, sampai abes wayang, asyik gelak je. Naik senak perot aku ketawe. Hahaha lagi...



Video ni aku jumpa dalam Utiub. mamat ni bole pulak nak rekod time dalam wayang kan. Korang tengok je la macam mane suasana dalam wayang tuh. Suma dok ketawa pecah perot. So aku suggestkan kat korang, sile la tengok filem ni disamping menyapot industri perfileman malaysia. Wakakakaka,zomba oo zomba

12.12.10

Pasal Jom Ke Studio

Lokasi : Photoelements Studio, Puchong

Model : Syira & Syahida

Photog: Paksu, Paman, Hazlan ( owner studio ), Lando, Mike, Yeop & Azahar

Keadaan dalam studio. Time untuk setting lighting.

Ini cik syahida ye



Ni cik Syira ~








Ahaks,ni international model, Encik Mike


Anak Paksu

Owner Studio, En Norhazlan. Thanx bos

Encik Sifuu, Paksu. Thanx paksu.

Next time, kalau ader rezeki, aku nak buat lagi shoot kat dalam studio. Tapi tak bole selalu sangat sebab aku lagi suka shoot outdoor. Tapi nak cari ilmu n pengalaman, shoot kat mane-mane pun aku akan pergi. Thanx kepada en sifuu yang banyak bagi ilmu. Hang memang the best.

Meoowwwww~

Statik - Gelap

9.12.10

Pasal Konvokesyen UiTM Ke-73

Lokasi : UiTM Shah Alam

Cuaca : Tak seberape panas, hujan sikit-sikit

Pakaian : Formal..ceh

Da la beratur panjang, kene berdiri lame, masuk dalam, dapat seat paling last. Ceh. Nasib baik pakcik bawak tele lens pakcik.

Sepapan diploma di tangan kanan mu

Ini cuma hiasan saje ye

Wajah kanak-kanak yang baru digraduatekan

Pakcik tak kenal sapa sebelah tu

Ini pun pakcik tak kenal. Da di suruh snap, pakcik snap je

Member-member yang sempat mamat ni jumpa.

Same kan muke ko dengan mask tu. harharhar

UiTM Segamat tempat beliau belajar dulu

Pakcik pun nak selit jugak dalam entry hari ni. Haha. Itu pun sibuk wat keje lagi. Hais,esoknye kene shoot lagi. Oi budak, selamat bergraduate ye. Pis meow~

*Would you rather be told a terrible truth or a happy lie?