Instagram

31.1.11

Pasal B.R.O.G.A

Date : 29 01 2011
Time : 0600
To : Broga Hill
Lando, Din & Farah

Asalnye nak naik, 5 orang. Tapi yang gerak, 3 orang je. Gerak dari Kl pukul 4 am. Smpai sane dalam kol 5 am. Dengan tak tido, tak makan pape, terus gegar broga. 1st time naik Broga, memang sesat. Bukan sesat ape, cuma tak tau simpang nak masuk ke kaki bukit broga ni. Memang de sign board. Subuh-subuh pulak tu. Dari simpan korang masuk broga, make sure korang tak terbabas ke balai polis broga. kalau korang da nampak balai polis broga, baik korang patah balik. simpan ke kaki bukit broga ni, berhadapan dengan rabbit farm. Gambar atas ni, port dorang jual tourch light kalau korang tak bawak la. Bole beli kat sini, hanya dijual time subuh. Siang ni dorang jual makanan.

Yes, ini jalan masuk ke kaki bukit broga. Korang kene masuk ke dalam ladang kelape sawit. Memang gelap jalan tu kalau korang sampai time subuh. Simpan jalan ni kecik je. Korang park je kat celah-celah pokok tuh. Pastu korang start jalan kaki ikut trail yang ader.

Lepas 2 3 minit korang jalan dari ladang kepale sawit tu, korang akan start lalu kat semak. Jalan semakin sempit. Memang aku gerak dari subuh, tapi nak bagi korang nampak jalan sebenar naik ke atas tu, aku capture time siang.

Kalau korang gerak subuh, memang korang tak nampak pape. Tapi bila turun, korang akan dapat tengok, laluan nye macam mane. Banyak gaung-gaung hakisan. So, touch light tu penting bagi korang yang naik time subuh. Hati-hati ye

Track memang disediakan. So korang tak payah risau pasal sesat. Tapi mulut tu jangan dok celupar pulak ye.

Bila da kat sini, korang da hampir nak sampai ke puncak broga. Cuma laluan nak naik kat atas ni susah sikit. Yang mane kurang bersukan ke, takde stamina fitness, better korang naik slow-slow. Sangat-sangat curam even da ader tangge tanah.

Bile korang da naik kat atas tadi, korang akan sampai ke situ, bukan tempat aku capture gambar ni. Time aku baru kol 7.20am. Aku tunggu ader cahaya sikit baru capture ni.

So,dari tempat tadi, korang akan nampak satu lagi puncak, ni aku capture dari belakang pulak. Kene naik sikit la untuk smpai ke sini.

Erk, siap ader orang camping kot. Hiss

Ok, ni aku capture dari puncak ke-2. Yang dalam gambar puncak 1st.

Dari puncak 2, korang akan nampak satu lagi puncak, iaitu puncak ke 3. Ni aku capture dari puncak ke-2

Ni aku tak sure, ader ape kat situ. Kedai kopi kot??

haiyakkk, layan jiwa ke???

Ni hah, puncak ke-3.

Jalan nak naik ke puncak ke-3.


Dari puncak ke-2



Hah, ni sape yang kenal dengan mereka-mereka, sila inform kat dorang, collect gambo korang. Aku tak kenal dorang nih. Haha.

Mase untuk turun.

Hati-hati weyh, nak turun ni, sangat-sangat curam. Silap step, korang gelongsor je la.

Hah,siap ader orang yang jage kawasan ni lagi.

6 kaki

Farah, Lando & Din..Jangan komen muke aku...haha

Lepak kepenatan uncle nih. uncle?? haha

Lando yang tak seberape elok ketika ini. Lapo + Penat + Ngantuk.

Maybe dalam mase 3 4 minggu lagi pakcik akan naik lagi. Sape nak join, bole. Make sure ader fitness stamina tenage bla bla bla...ok??


- sayanggg, kau tipu tipu aku lagi...wakakakkaa -

25.1.11

Pasal Sabtu & Ahad

Yes, akhirnya dapat jugak aku join Jom Studio Series VI dengan Incik Ikwan Hadee. Die seorang sifu yang sangat sempoi dan tidak kedekut ilmu. Semuanya info dari A to Z die bagi tau.

Kelas bermula dari pukul 11 lebey pagi hingga 7 mlm. Lokasi kat Medan Idaman Business Centre. 13 orang yang join tembak-tembak. 3 orang model Izni, Diyana and Lisa. Fiz Sulaiman pun ader,tapi dia datang lepak-lepak je. Rase sangat-sangat berbaloi menuntut ilmu dengan Incik Ikwan. Thanx Ikwan

Haha, sape cakap aku tak reti main bole? Meh aku tonyoh-tonyoh mulut beliau. Pagi-pagi, pukul 7 aku da gerak pergi main futsal kat Ampang Sport Planet semperna Kejohanan Futsal Media AmBank 2011. Team aku tak cukup orang weyh.

Banyak kot team yang main. Team aku tetap sempoi, takde warm-up pun. Rilex dok cuci mate. wakaka. Congratz team DBP. Team aku menang ke kalah?? lalala

Aku lepak weyh.


Haha,tak ley blah weyh johan dgn zizan dalam Raja Lawak. Terguling-guling aku gelak ni.

24.1.11

Pasal Mukadimah Studio


One of the shoot yang aku sempat edit. Padahal memang 1 ni je yang aku baru edit. Next entry akan gue cite lebey pasal shooting ni. CHowW!~

20.1.11

Pasal Cuti


Projek cuti & tembak bulan Februari ni

-JB-Broga-Sekinchan-Trolak-Pulau ??-

Maknenye,tiap-tiap minggu akan ader projek tembak sambil cuti. Selamat Bercuti!
Pis~

19.1.11

Pasal privacy plis!!


Kesian kot aku tengok profile member aku ni. Status yang bukan-bukan dipost ke wall. Memang, bukan die yang letak, tapi ex-bf die yang letak. Dia langsung tak ley nak access account FB die. Nasib baik kawan-kawan die da tau sape yang letak status tuh.

Aku just nak share dengan korang, yang tengah bercinte tuh, jangan sesekali bagi password account FB ke, twitter ke, hape ke, sebab itu MARUAH korang. Memang ader yang patut kita share, tapi tak semua patut kite share, setakat bercinta, belum jadi laki bini lagi, takde hal punye. Kene ader privacy sikit la.

Ni lagi satu pasal HP. Aku dok perhatikan je dorang yang bercinte nih, masing-masing sebok nak CSI henpon kapel-kapel korang, apesal? Takot kapel korang men kayu 3 4 5?? Kamon la, masing-masing kene trust each other. Kalau dorang main kayu 3 sekali pun, korang baru berkapel, banyak lagi kumbang n bunga kat luar tu. HP tu rahsia korang sendiri, even da kawin pun, aku suggestkan laki or bini tak tak perlu la nak cek cek henpon pasangan masing-masing. Kalau tak sedap hati, rase macam pasangan korang da len macam je, bole la korang cek HP tuh.

Ok, lepas ni, aku harap sangat la kat korang sane tuh, yang bercinte tuh, TOLONG la, jangan bagi PASSWORD akaun FB atau social site yang len, sebab benda tuh boleh menjatuhkan maruah korang. Take Care.

12.1.11

Pasal : Trend

Hah, tensen dol siapkan 3 album dlm 1 hari. Tido 2 jam. Keje ngadap pc tak hengat. Perot terase lapo, baru aku ingat,aku tak makan lagi. Terus aku tembak ke Sayam. Pe lagi, bedal burung puyuh yang menusuk usus perutku ini. 2 ekor kompom lagi enak. Lepas tu, member aku ajak riki barang kat Bazar Jb. Cam da lame kot aku tak g sane. Memang tak ramai orang la sebab malam weekdays. Yang pelik sekarang trend orang joho, suka bela BIAWAK! Wth,aku tak tau kot. Bukan setakat biawak je, ular pun ader. Banyak gerai pulak tu yang jual menatang nih. Aku tak tau la ape yang menarik sangat bela menatang nih. Hamster, cam best je kalau aku nk bela. Haa..ader sesape nak sponser hamster kat aku tak?

*ape perasaan korang bile dituduh korang pecah rahsia sedangkan korang jaga rahsia tu dengan baik? cam palat kan!!!

11.1.11

Pasal : Mimpi

no more photography entry lepas ni. semua pasal photography akan di pindahkan ke domain baru. 2011 da bermula, still aku belum lagi decide ape yang aku nak aim lagi. last year, 9 out of 10 ape yang aku rancang menjadi. untuk dis year, aku rase aku nak :

- tengok adik aku kawin
- cari seko anak kucing
- 12-24mm ( rm6k weyh )
- dapat double increment..ngeh ngeh
- friends...more friends...
- join studio shooting dengan encik ikhwan
- join kelas encik Chot
- shooting kat bandung, alone!
- 3gs ( da setel sebab aku TERBELI iphone4 ) -DONE
- tshirts
- shooting kat sekinchan
- raya dengan family aku..

mimpi kadang-kadang boleh menjadi impian. so kita tengoklah ape yang akan terjadi.


Editing @ 3.47am. Away from home. Otak masih lagi berperang. Demmit

*islamic tapi ...haish

6.1.11

Pasal : 4

Lain yang nak di beli, lain pulak yang aku beli. Asalnye duit ni, aku nak beli lens. Tapi da setengah duit tu da kene pow, aku batalkan je niat nak beli lens tu. Aku nak beli enpon sebab enpon aku da kene kebas, dan asyik menumpang dengan enpon orang len jek. So aku g la loyat. Misi aku, nak beli iphone 3gs 8gb. Aku g la meksis kat sane. Dorang ckp, dorang xde stock. Kalau nak jugak, aku kene g KLCC. Hampes. Jauh kot. Kuar je dari meksis senter tu, orang meksis ader buat promotion pasal apple. Ipon, mekbuk, aimek, ngan aiped. Best ko. Aku amik la 1 catalogue pasal ivalue iphone. Nampak la 3gs. Eksaited tak hengat. I pilih la ivalue2. Dok soksek soksek dengan apek meksis tuh, plan yang aku pilih tu utk iphone4. Ilang jap 3gs dalam otak aku nih. Sain itu, sain ini...dan...

Taaadaaa, Iphone4 16gb. Haha. Menatang ni tak penah kot masuk wishlist aku tahun nih. Enak?? yeessss. sungguh enak. Nisa, bile lagi??? haha.