Instagram

25.11.10

Pasal Amri + Sofie

Pengantin : Amri + Sofie
Photographer : Tazman & Lando
Lokasi : Cameron Highland





ni saje pakcik test amik gambo mamcam ni. elok ke??












Selamat Pengantin Baru
Amri & Sofie

24.11.10

Pasal Sebok Je Memanjang

Iye, pakcik tengah sebok mengedit gambo-gambo client pakcik. Nanti pakcik buat entry baharu iye. Meeooww

19.11.10

Pasal Senyum Ye

Alkisah selepas pulang dari menunaikan sembahyang jumaat, 3 orang beranak, si ayah, si abang dan si adik kelaparan disebabkan si ibu sibuk dengan persiapan anak perempuan beliau merangkap adik si abang, maka 3 beranak ini pergi ke sebuah restoran yang terletak di selatan tanahair berhadapan dengan Danga Bay yang diberi nama oleh pemilik restoran tersebut, Singgah Selalu, walaupun si abang ni jarang-jarang singgah di restoran itu. Setibanya 3 beranak ini tiba di perkarangan resotran, si ayah dan si adik pun turun sementara si abang mencari lokasi sesuai untuk meletakkan kenderaan proton yang dipandunya. Selepas menjumpai lokasi yang sesuai, si abang pun menuju masuk kedalam restoran tersebut. Si ayah dan si adik sudah mengambil pesanan ringkas makanan iaitu nasi bercampur dengan ayam serta sup, sambal, timun dan salad manakala pesanana si adik pula daging kambing disaluti dengan sos bawang hitam disertakan dengan brocoli, jagung, sos cili dan sayur-sayuran yang dicampur campur dengan sos berwarna putih. Si abang memanggil orang yang memegang kertas dan pen lalu membuat pesanan kentang yang dipotong dan digoreng serta air yang dicampur dengan teh dan gula. Sambil menunggu pesanan yang dipesan itu tiba, si abang dan si adik sibuk bertanya pasal telefon bimbit masakini. si adik memang arif mengenai telefon tangan yang ringan, manakala si abang hanya mendengar seolah olah si abang jakun dan tekun mendengar leteran si adik yang beriya-iya bercerita mengenai telefon tangan yang canggih, yang menjadi idaman si adik, idaman sahaja kerana beliau masih tidak mampu untuk membelinya di kedai yang menjual telefon bimbit. Si ayah pula sedang sibuk menguji keunikan kamera yang terdapat di telefon tangannya. Tidaklama selepas itu,pesanan yang dipesan oleh si pemesan pun sampai. Sedang mereka semua menjamu selera, tiba-tiba si ayah meminta si abang meminta si abang mengambil kertas pengelap mulut. Si abang melihat sekitar meja yang ada disebelah sebelah meja si abang kerana si abang terlalu malas nak bangun. Si abang tidak menjumpai kertas pengelap mulut. Si abang nampak seorang perempuan, yang memakai uniform sama seperti orang yang mengambil pesanan mereka, lalu si abang bertanyakan "kak, tisu ada?". Dengan muka yang tiada reaksi yang positif seperti yang diharapkan oleh pelanggan lain, beliau terus pergi mendapatkan kertas pengelap muka tersebut. Si adik pun berkata "pergh,muka tak reti senyum" si abang menambah "bengis,dtg bulan kot,tp da tua kot,ader lagi ke bulan tu??". Selang 2 mint 46 saat, makcik tersebut datang, membawa sebungkus kertas pengelap muka. Si abang melihat si adik. Makcik tersebut masih tidak senyum dan terus beredar. Selang 5 langkah makcik itu pergi, si abang dan si adik pun tergelak. Si adik berkata "makcik tu menganjing kite ke??, sampai satu bungkus dia bagi" Si abang berkata "mungkin time kite cakap td dia dengar kot, tu yang di hangin tuh". Lalu si abang berfikir, kenape susah sangat mereka ni nak senyum. Bukan susah kot. Dah la tak senyum, siap bagi habuan sekali kat si adik dan si abang. Macam mana la nak maju, disebabkan benda kecik pun tak bole nak amalkan. Senyum saje,tentu semua tiada masalah. Lalu si abang pun malas nak cerita lebih panjang ape yang terjadi lepas tu sebab si abang ni seorang yang pemalas nak bercerita. Moral dan ketidakpuasanhati yang si abang ingin disampaikan, kat mana pun situasi anda, :) sila senyum ^_^ , terutama mereka yang bertemu dengan pelanggan.

Sehari suntuk kot si abang memerah peluh demi menyempurnakan majlis pertunangan si adik. Tunang macam nak kawin. Kalau kawin, macam mane la rupenye ek.

Semua gambar ni si adik yang ambil. si abang sibuk dengan pasu-pasu bunga, rumput-rumput, lumut-lumut, habuk-habuk yang nak di bersihkan. Si abang hanya ajar macam mane nak snap saje sebab si abang da lemau nak amik gambo. Lepas isyak, si adik ajak si abang layan PES2010 seround sebab dengan bongkaknye si adik berkata dia tak pernah kalah, manakala si abang, biasa la, cool je, hanya cakap da lame si abang tak main, so jangan buli si abang. Haha. Sementara tu, si abang da sehari suntuk tak kene dunhill, sebab nak kurangkan, dengan giannya si abang terus sumbat ke mulut dan bakar di hujung batang kaler putih itu. Si adik telah diboloskan dengan sebiji gol dari si abang, lalu si adik berkata "weyh,ko tau tak, member aku baru je sakit jantung berdarah sebab isap rokok". Si abang baru je mengembuskan asap rokok sebanyak 3 kali, terus memadamkan rokok tersebut di dalam pemadam rokok. "siot",kata dalam hati si abang yang keketaran. Dari sini baru si abang tau, si adik sayangkan si abang. kalau si abang takde, sape nak main game bola dengan si adik lagi. Sambil si abang menjaringkan 3 gol, hati si abang terlalu jap oleh kata-kata si adik. Sementara itu, si adik memaki-maki si abang kerana memboloskan gawang beliau sebanyak 4 kali dan si adik kalah dengan si abang. Sekian cerita si adik dan si abang.

* melayan there's somthing about mary

Heh,sesampai je kat opis, hadiah boling sudah menunggu. meeooww

16.11.10

Pasal Shoot Hijau

Lokasi yang aku nak sangat tembak!!

dan modelnya..hehe...


Selamat Hari Raya Aidiladha dari Apa-PasaL

15.11.10

Pasal Pre-Wedding Auzan + Sheeda

Tajuk : Pre-Wedding
Pelakon : Auzan + Sheeda
Crew : Lando + Apis
Lokasi : Lake Garden yang indah, KL

Encik Bos dengan Cik Bos

Idea belon dari encik Bos

Banyak tempat-tempat menarik kat Lake Garden. Bawak model pun cun jugak.

Candid sket

:)

low angle

ok,last shoot ramai-ramai. thanx to incik apis sebab jadi backup. lepas ni tunggu hari wedding pulak. Selamat ye encik bos dan cik bos. hehe

Pasal Sudah Keluar Akhirnya





Body Only : RM3950.00
Body with Kit : RM 4598.00

*Harga dari Shashinki


yup, dorang baru announce harga untuk D7000. Yang before nih asyik dengar harge sampai 6-7k, haiss,.. Naseb bek la below than 5k lagi. Bole la aku menambah koleksi bini-bini itam aku nih. Ader sesape nak join?? :)

11.11.10

Pasal Tired

I need a rest. Plis! I'm tired of being tired. Need to stay away away from peps.

8.11.10

Pasal : Ranking Kelajuan Internet Di Dunia

Raking ini meliputi semua negara di dunia yang menggunakan download di internet ( jarak antara pengguna dan server kurang dari 300 batu ), di kemaskini setiap 30 hari melalui speedtest.net

Korea Selatan : negara yang memepunyai keupayaan download terlaju di dunia
Aland Island : ??

Singapore : antara terlaju di dunia dan terlaju di Asia Tenggara.

Malaysia : 2.74 Mbps?? Ranking ke-91?? Isle of Man, Aruba, Guernsey, Kenya berada diatas ranking Malaysia. Pasti korang hanya tau negara Kenya je kan??? yang lain-lain korang tak tau kan?? haha

Sumber dari : Net Index

2.11.10

Pasal Kereta Ryan Giggs di Malaysia?

Aku baru balik dari shooting kat cameron highland. Tengah aku dok syok bebual dengan member aku, mate aku terpandang sesuatu. Ryan Giggs ader kete kat Malaysia ke?? Pakai Exora plak tuh. Time ni aku da dekat dengan exit Sg.Buloh. Sempat jugak aku mengejar kete R.Giggs nih. Haha.

sape tu RYAN GIGGS? sile gugel !!

+ minggu yang sangat best di Cameron Highland +