Instagram

24.9.12

Nano sim



Pengeluaran iPhone 5 semakin meluas ketika ini. Pelbagai telco di dunia sedang mengeluarkan sim card yang lebih kecik dari micro sim; iaitu nano sim card. Ini kerana revolusi iPhone 5 yang menggunakan nano sim card berbanding iPhone 4s yang menggunakan micro sim card. Di Malaysia, Maxis akan menjadi syarikat telco pertama yang mengeluarkan nano sim sebaik sahaja iPhone 5 dilancarkan di Malaysia.


SIM Card (25 mm x 15 mm x 0.76 mm)
Micro SIM Card (15 mm x 12 mm x 0.76 mm)
Nano SIM Card (12.3 mm x 8.8 mm x 0.67 mm)

Perbezaan yang agak ketara jika dibandingkan sim card yang asal dan nano sim card. Berbanding dengan nano sim card; ketika pelancaran iPhone 4, penggunaan reka bentuk sim card diubah menjadi micro sim yang mana bole dipotong sendiri. Tetapi nano sim yang mempunyai ketebalan yang nipis, iaitu 0.67mm, mungkin agak sukar dipotong secara sendiri.

Revolusi smart phone telah merubah teknologi sim card. Sama juga seperti penggunaan disket yang akhirnya menjadi pen drive yang mempunyai kapasiti yang besar.

No comments: