Gangguan seksual ada dua kategori :-
- gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion)
- keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance):
Gangguan seksual yang berbentuk ugutan (sexual coercion)
Memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.
Gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi (sexual annoyance)
Tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitujuga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.
Adalah penting ditekankan bahawa gangguan seksual bermakna tingkahlaku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa. Ianya juga satu kelakuan seksual yang dilakukan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik oleh penerima.
Bentuk-Bentuk Gangguan Seksual
Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis :-
-gangguan secara lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
-gangguan secara isyarat/bukan lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.
-gangguan visual :
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.
-gangguan psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
-gangguan fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.
Memang tak dinafikan lagi, perkara sebegini terjadi di banyak institusi tak kira kerajaan atau swasta. Mereka mempunyai hak untuk melindungi diri dari gangguan seperti ini. Gangguan ini memberi kesan yang negatif kepada suasa kerja disebuah jabatan. Akibat dari gangguan ini, mangsa akan menjadi takut, pendiam, tidak mencapai tahap produktiviti yang maksimum, kemurungan dan lain-lain.
Berani atau tidak, si mangsa untuk membuat aduan tentang gangguan ini? Ada beberapa jenis mangsa yang berani atau tidak membuat aduan ini.
Mangsa tidak berani membuat aduan kerana malu dengan perkara yang menimpa mangsa. Mereka rasa baik mereka mendiamkan diri mereka, sampai suatu masa perkara tersebut tidak berlaku. Ini memberi kesan yang negatif kepada jabatan itu kerana si pesalah terlepas dari hukuman yang sepatutnya. Mungkin si mangsa rasa dia tidak menjadi mangsa lagi tetapi perkara ini akan berlaku kepada mangsa yang lain. Ramai akan menjadi mangsa jika salah seorang dari mangsa tidak membuat anduan.
Mangsa yang berani membuat aduan, risiko kehilangan kerja, pangkat atau lain-lain faedah di syarikat atau jabatan akan hilang. Ini kerana si pesalah akan menggunakan kuasa kerana geram akan kehendaknya tidak dihiraukan. Tapi rezeki mangsa bukan datang dari dia. Semua datang dari Allah. Jangan takut. Laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Supaya si pesalah menerima balasan yang dibuat dan dapat menyelamatkan orang lain dari menjadi mangsa seterusnya. Rezeki ada dimana-mana. Jangan risau. Allah itu maha adil.

No comments:
Post a Comment