Alkisah selepas pulang dari menunaikan sembahyang jumaat, 3 orang beranak, si ayah, si abang dan si adik kelaparan disebabkan si ibu sibuk dengan persiapan anak perempuan beliau merangkap adik si abang, maka 3 beranak ini pergi ke sebuah restoran yang terletak di selatan tanahair berhadapan dengan Danga Bay yang diberi nama oleh pemilik restoran tersebut, Singgah Selalu, walaupun si abang ni jarang-jarang singgah di restoran itu. Setibanya 3 beranak ini tiba di perkarangan resotran, si ayah dan si adik pun turun sementara si abang mencari lokasi sesuai untuk meletakkan kenderaan proton yang dipandunya. Selepas menjumpai lokasi yang sesuai, si abang pun menuju masuk kedalam restoran tersebut. Si ayah dan si adik sudah mengambil pesanan ringkas makanan iaitu nasi bercampur dengan ayam serta sup, sambal, timun dan salad manakala pesanana si adik pula daging kambing disaluti dengan sos bawang hitam disertakan dengan brocoli, jagung, sos cili dan sayur-sayuran yang dicampur campur dengan sos berwarna putih. Si abang memanggil orang yang memegang kertas dan pen lalu membuat pesanan kentang yang dipotong dan digoreng serta air yang dicampur dengan teh dan gula. Sambil menunggu pesanan yang dipesan itu tiba, si abang dan si adik sibuk bertanya pasal telefon bimbit masakini. si adik memang arif mengenai telefon tangan yang ringan, manakala si abang hanya mendengar seolah olah si abang jakun dan tekun mendengar leteran si adik yang beriya-iya bercerita mengenai telefon tangan yang canggih, yang menjadi idaman si adik, idaman sahaja kerana beliau masih tidak mampu untuk membelinya di kedai yang menjual telefon bimbit. Si ayah pula sedang sibuk menguji keunikan kamera yang terdapat di telefon tangannya. Tidaklama selepas itu,pesanan yang dipesan oleh si pemesan pun sampai. Sedang mereka semua menjamu selera, tiba-tiba si ayah meminta si abang meminta si abang mengambil kertas pengelap mulut. Si abang melihat sekitar meja yang ada disebelah sebelah meja si abang kerana si abang terlalu malas nak bangun. Si abang tidak menjumpai kertas pengelap mulut. Si abang nampak seorang perempuan, yang memakai uniform sama seperti orang yang mengambil pesanan mereka, lalu si abang bertanyakan "kak, tisu ada?". Dengan muka yang tiada reaksi yang positif seperti yang diharapkan oleh pelanggan lain, beliau terus pergi mendapatkan kertas pengelap muka tersebut. Si adik pun berkata "pergh,muka tak reti senyum" si abang menambah "bengis,dtg bulan kot,tp da tua kot,ader lagi ke bulan tu??". Selang 2 mint 46 saat, makcik tersebut datang, membawa sebungkus kertas pengelap muka. Si abang melihat si adik. Makcik tersebut masih tidak senyum dan terus beredar. Selang 5 langkah makcik itu pergi, si abang dan si adik pun tergelak. Si adik berkata "makcik tu menganjing kite ke??, sampai satu bungkus dia bagi" Si abang berkata "mungkin time kite cakap td dia dengar kot, tu yang di hangin tuh". Lalu si abang berfikir, kenape susah sangat mereka ni nak senyum. Bukan susah kot. Dah la tak senyum, siap bagi habuan sekali kat si adik dan si abang. Macam mana la nak maju, disebabkan benda kecik pun tak bole nak amalkan. Senyum saje,tentu semua tiada masalah. Lalu si abang pun malas nak cerita lebih panjang ape yang terjadi lepas tu sebab si abang ni seorang yang pemalas nak bercerita. Moral dan ketidakpuasanhati yang si abang ingin disampaikan, kat mana pun situasi anda, :) sila senyum ^_^ , terutama mereka yang bertemu dengan pelanggan.
Sehari suntuk kot si abang memerah peluh demi menyempurnakan majlis pertunangan si adik. Tunang macam nak kawin. Kalau kawin, macam mane la rupenye ek.
Semua gambar ni si adik yang ambil. si abang sibuk dengan pasu-pasu bunga, rumput-rumput, lumut-lumut, habuk-habuk yang nak di bersihkan. Si abang hanya ajar macam mane nak snap saje sebab si abang da lemau nak amik gambo. Lepas isyak, si adik ajak si abang layan PES2010 seround sebab dengan bongkaknye si adik berkata dia tak pernah kalah, manakala si abang, biasa la, cool je, hanya cakap da lame si abang tak main, so jangan buli si abang. Haha. Sementara tu, si abang da sehari suntuk tak kene dunhill, sebab nak kurangkan, dengan giannya si abang terus sumbat ke mulut dan bakar di hujung batang kaler putih itu. Si adik telah diboloskan dengan sebiji gol dari si abang, lalu si adik berkata "weyh,ko tau tak, member aku baru je sakit jantung berdarah sebab isap rokok". Si abang baru je mengembuskan asap rokok sebanyak 3 kali, terus memadamkan rokok tersebut di dalam pemadam rokok. "siot",kata dalam hati si abang yang keketaran. Dari sini baru si abang tau, si adik sayangkan si abang. kalau si abang takde, sape nak main game bola dengan si adik lagi. Sambil si abang menjaringkan 3 gol, hati si abang terlalu jap oleh kata-kata si adik. Sementara itu, si adik memaki-maki si abang kerana memboloskan gawang beliau sebanyak 4 kali dan si adik kalah dengan si abang. Sekian cerita si adik dan si abang.* melayan there's somthing about mary
Heh,sesampai je kat opis, hadiah boling sudah menunggu. meeooww

10 comments:
moral - ko nak bongkak ko terer main PES2010 :p
wey! jantung berdarah? scary2. dah dah say NO to dunhill ok!
erk,mane ader aku bongkak...aku menceritakan aje..haha
da selow selow da ni mau stop. adik aku ni,btol la..haha
hahaha.. sudahla ko!
aq suka kot makan abc kat singgah selalu tu!
abc meh? bkn ke pancake lagi sedap kat sane??
sedap sedap pun, makcik tu masih tak senyum2 jugak
ha.. pancake lg sedap? ok aq blk nnt aq try. eh apsl hadiah bowling ko dlm paper bag heitech??
dalam beg tu ader duit kot..muahaha,rezeki masuk opis nih..
ha xbaik kedekut! transfer sket kat aq!
aiseh,aku da buat beli brg camera la. muahaha..next year punye tonemen aku trnsfer ye
oiii 1 ari je ko da abeskan???
bkn susah pun nak abeskan. 17k pun aku bley abeskan dlm mse 10min. ngeh ngeh
Post a Comment