
Baru-baru ni, aku ader membeli barang secara online. Aku tengah mencari lens camera aku. So,da puas aku mencari kat mane-mane tapi takde. Malam tu,kawan aku bagi 1 link. Dan aku terus check. Aku terjumpa user yang nak jual barang-barang tersebut. Dan yang menyebabkan aku macam terpukau sebab barang-barang yang dijual tu adalah teramat lah murah dari harga biasa. Seperti orang yang da kene pukau, aku terus membeli lens tu. Bla bla bla...da 2 minggu lens tu tak sampai-sampai lagi kat tangan aku. Dan baru semalam je aku buat police report. So,cukup la dengan aku sorang je yang jadi mangsa. Jadi bagi korang yang nak beli barang yang beratus @ beribu punye, aku akan bagi tips :
- Make sure website yang korang nak beli barang tu, ader ciri-ciri keselamatan seperti alamat ip.
- Pastikan si penjual ada post kan sekali gambar barang yang hendak dijual.
- Semak posting user lain. Ada sesetengah user akan memberitahu si polan-si polan ni adalah penipu.
- Korang search nombor telefon si penjual tu dalam website yang korang nak beli atau dalam google. Pastikan dia orang yang sama. Jika si penjual mempunyai email, pastikan jugak email tu tidak bertukar-tukar.
- Pastikan korang buat survey harga barang yang korang nak beli. Dan pastikan, harga barang tersebut tidak terlalu murah. Jika barang tu terlalu murah, ada lah yang tidak kene.
- Seboleh-bolehnya, jika korang beli barang yang agak mahal spt RM500 ++ ke, better korang COD (cash on delivery). Dats mean korang berjumpa dengan dia,bayar time korang jumpa dia.
- Jika si penjual ni berkeras untuk menggunakan perkhidmatan post, baik korang cancel je la.
- Jangan korang mensuggestkan kawan korang beli dengan si penjual yang sama dalam 1 masa. Selepas korang setel dapat barang yang korang beli, baru boleh suggestkan.
- Jika korang dipaksa bayar oleh si penjual, jangan dilayan si penjual tu.
- Pastikan resit-resit, website yang korang beli tu, korang simpan atau print. Jadikan bukti. Dan jangan lupa, semua sms-sms yang korang nego dengan si penjual,simpan. Jangan delete selagi urusan jual beli tidak selesai.
- Dan jika si penjual menyatakan dia sudah postkan barang yang korang beli, mintak tracking number supaya anda boleh buat sebagai rujukan di pejabat-pejabat post atau courier.
- Dan jika barang yang dipost masih tidak sampai, sila rujuk kepada pejabat pos atau courier. Jika tiada sebarang rekod, buat laporan polis.
- Jika korang ader member-member yang bekerja dia company communication spt Maxis, Celcom or Digi, korang boleh dapatkan details si penjual ni.
-Ingat, jangan terus serang rumah si penjual. Sebaik-baiknya cuba beri dia peluang. Jika si penjual masih tidak memulangkan wang anda, buat laporan polis dan baru pergi kerumah si penjual.
Kalau ader pape yang kurang dalam post ni, sila la bg idea korang lagi. Chow~

2 comments:
U KER DALAM GAMBAR TU? MANA DAPAT TOPENG TU? ;)
gambar tu amik dari google. hehe
Post a Comment