Instagram

16.3.09

Pasal Earth Hour


Malam 28 MAC 2009, 8.30 hingga 9.30 malam, tutup semua perkakasan elektrik di’rumah anda untuk menyokong Earth Hour — satu kempen kesedaran pemeliharaan Bumi oleh WWF. Kempen ini telah di’mulakan tahun lalu di Bandaraya Sydney pada tahun 2007 yang mana mendapat sokongan dari 2,100 syarikat & menyaksikan 2.2 juta orang memadam lampu pada yang membawa kepada penjimatan tenaga sebanyak 10.2% dari kegunaan pada kadar biasa. Satu pencapaian yang lebih dari boleh di’banggakan.

Apa yang mereka lakukan telah memberi inspirasi untuk Earth Hour di’teruskan tahun ini ke’seluruh dunia. Seluruh dunia bermaksud ia termasuk bilik kecil di’mana kau sedang menatap entri ini. Malam ini, mati’kan semua’nya untuk hanya satu jam. Satu jam yang akan membawa perubahan — jika tidak banyak, ia masih sesuatu.

Universiti Sains Malaysiadi’katakan satu-satunya universiti di’Malaysia yang menyahut seruan ini — mereka kata. Jika ada pelajar universiti lain yang membaca entri ini, hebahkan kepada kawan-kawan sebelum malam menjelma. Maklumat lanjut di Earth Hour


"STOP GLOBAL WARMING"

No comments: